Taman Negara Tanjung Mentong ->>





Taman Negara Tanjung Mentong terletak di Tasik Kenyir adalah Taman Negara yang terletak di Negeri Terengganu. Taman Negara ini meliputi kawasan tasik dan hutan yang luas yang dijaga dan di wartakan sebagai Taman Negara dan warisan negara yang berharga. Pelancong boleh sampai ke Tanjung Mentong melalui dua jeti sama ada di Gawi atau Jenagor kesemuanya di Terengganu. Pekan Kuala Berang merupakan pekan terdekat kepada jeti tersebut. Perjalanan ke sana akan merentasi Tasik Kenyir, tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia yang memakan masa selama 45 minit. Pelancong akan dibawa menaiki bot ke tempat penginapan. Terdapat 8 unit shalet berkembar dan sebuah asrama yang mempunyai 16 buah katil disediakan oleh pihak pengurusan. Sewa yang dikenakan untuk setiap syele ialah RM40.00 satu malam dan RM12.00 satu malam bagi asrama. Tanjong Mentong Resort kini di bawah pengurusan pihak swasta. Terdapat jeti, restoran, bilik mesyuarat dan menara tinjau.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified