Setiap bendera yang dilakar dan dihasilkan mempunyai maksud yang tersirat, begitu juga dengan bendera negeri Terengganu. Sekarang mari kita rungkai bersama apa maksud disebalik bendera negeri Terengganu. Sumber ini Saya perolehi dari Wikipedia.

Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan Agama Islam, agama rasmi negeri. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali menandakan Alatan Istiadat Kebesaran.

* Hah, macam mana?? adakah anda faham dengan keterangan di atas? Itulah serba sedikit berkaitan bendera Terengganu.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified