Muzium Bersejarah Terengganu ->>







Muzium Terengganu merupakan Muzium Terbesar di Malaysia. Muzium ini meliputi kawasan seluas 27 hektar dan bersebelah dengan Sungai Terengganu. Musium ini mempunyai 4 blok bangunan utama yang menempatkan pelbagai jenis artifak dan hasil tinggalan lama masyarakat Terengganu. Musium ini terletak di Bukit Losong iaitu sekitar 6km dari Kuala Terengganu. Berkunjung ke muzium mampu membuka minda kite terhadap sejarah lampau, serta mengingatkan kita kembali tentang jasa dan pengorbanan pahlawan-pahlawan dahulu dalam mempertahankan tanah air. Di sinilah tempatnya  kita dapat mendidik diri kita serta anak-anak mengenai betapa pentingnya memelihara maruah,bangsa dan kemerdekaan negara. Antara galeri-galeri yang terdapat di Musium Terengganu ialah Galeri Tekstil, Galeri Petroleum, Galeri Sejarah, Galeri Kraftangan, Geleri Kesultanan, Galeri Islam, dan galeri Sejarah Alam. Selain itu, terdapat juga Musium Maritim dan beberapa buah rumah tradisional Terengganu yang dibina di dalam kawasan Musium Terengganu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified