Pulau Lang Tengah ->>







Pulau Lang Tengah ialah antara pulau yang dijaga baik oleh negara kerana kecantikan pulau yang boleh memukau setiap pelancong yang datang. Air laut kelihatan seperti kristal dan bersinar, pantai-pantai yang bersih dan hutan hujan tropika yang masih belum diterokai merupakan antara keistimewaan yang ada di Pulau Lang Tengah ini. Pulau Lang Tengah ialah sebuah pulau kecil yang terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Perjalanan bot dari jeti Marang ke Pulau kecil ini memakan masa selama 30-minit. Oleh itu, kepada para pelancong yang ingin bercuti bolehlah memilih destinasi ini kerana ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk bercuti dan berehat.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified