Hutan Lipur Tanjung Gadong ->>




Hutan Lipur Tanjung Gadung terletak di Hutan Simpan Bukit Bauk, Daerah Dungun. Hutan lipur ini mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit Pantai yang kaya dengan spesies Meranti dan Balau pasir. Beberapa kemudahan seperti wakaf, pondok rehat dan bangku rehat serta beberapa kemudahan asas disediakan di Hutan Lipur ini. Hutan Lipur ini terletak di persisiran pantai Laut China Selatan sesuai untuk aktiviti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar. Selain itu, pengunjung yang datang ke sini juga boleh menggunakan kemudahan jeti memancing yang turut disediakan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails


English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified