Sata ->>
Bahan-bahan
- Ikan kembung(ikan selayang boleh, ikan mata uji rashid pun boleh,ikan tamban pun boleh)
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Kelapa muda dalam setengah biji
- Lada hitam ditumbuk halus
- Cili padi ditumbuk halus..kalau suka cincang pun boleh..
- Lada merah/cili kering ditumbuk
- Bawang besar dalam 4 biji di tumbuk atau dicincang pun boleh.
- Daun kadok dicincang halus atau daun kesum pun boleh.
Cara-cara
- Kisar atau tumbuk isi ikan tersebut sehingga lumat.
- Kemudian gaul kesemua bahan-bahan diatas bersama isi ikan sehingga menjadi sebati.
- Masukkan bahan-bahan yang telah sebati itu tadi ke dalam kelongsong daun pisang yang telah dilayur oleh api
- Sata yang telah dimuatkan di dalam kelongsongnya akan dicucuk pada belahan buluh lurus sebanyak 5 atau 6 biji kelongsong setiap satu (bergantung kepada kehendak).
- Akhir sekali, sata akan dipanggang atau dibakar di atas bara arang sehinggalah masak.
- Sata boleh dimakan begitu sahaja, ataupun boleh dimakan bersama-sama dengan nasi...Selamat menjamu selera.
0 comments:
Post a Comment