Lokasinya di Dungun, Terengganu. Terletak berhampiran dengan Perkampungan Nelayan Seberang Pintasan. Mempunyai gua kecil dan kawasan berbatu yang luas, sesuai untuk aktiviti memancing dan mencari ketenangan. Jaraknya dari bandar Dungun 10km,Kuala Terengganu 78km dan Kuantan 145km. Perhubungan untuk ke pantai ini ialah jalan darat melalui Jalan Persekutuan/dari KLIA dengan AirAsia/MAS ke Lapangan terbang Sultan Mahmud. Tempat penginapan yang terdapat di sini antaranya ialah Tanjung Jara Beach Resort, Awang Guest House, Dahimah Inn, Hotel UiTM, Hotel Sura, Hotel Kasanya, Rumbia Resort n Bistro, Resident Resort, 6st villa House dan Hotel Sura Gate.
0 comments:
Post a Comment